Jumaat, 15 Julai 2011

Lelah Dilengan Riba

Bila engkau datang menyapa….
dan  lelah mu tiba..
Kau rebah wajah mu di lengan riba…
Ku biarkan saja kau melegakan rasa…
Jatuh dalam ayunan rasa di lengan riba….
Hingga aku tak terkata-kata…

aku dapat rasa… dan rasa..
tekanan jiwa  yang masih setia bergelora…
Menahan segala  derita…
Walau tertekan dihati dan jiwa…
Kau masih boleh bersuara manja…
Masih boleh bersuara ria…
Masih mampu memendam segala lara ….
Yang entah bila akan sirna….



Bila lelahmu hilang seketika…
Kita mula lagi berbicara mesra…
melepaskan tekanan jiwa…
Terkadang membuang rasa hampa
Dengan suara gurau senda…

Terkadang aku jadi tanda tanya..
semesra apa hubungan kita?…
saling mencurah rasa…
tapi yang nyata…
kita  adalah wanita... 
Sama-sama dapat merasa
dan ada citra rasa yang serupa…  
tempat Sama-sama melepas dan meluah rasa…

kau anaknda.. dan aku bonda…
moga mereka2 tak tersalah sangka… :)


15/07/2011
Jumaat  10.55 am

Tiada ulasan:

Catat Ulasan